Saturday, August 6, 2011

Part 7D – SOUNDS OF er, ir, ur - Schwa + r,murmur diphthong, Bab 7D – Bunyi er, ir, ur, Schwa + r, diftong


Sounds of er, ir, ur



Gabungan kumpulan huruf-huruf ‘er’, ‘ir’ dan ‘ur’ menghasilkan bunyi yang sama ia itu bunyi schwa + r

Huruf r akan kedengaran lantang (peranan Bossy r) manakala bunyi schwa lebih cepat dan pada kelantangan yang lebih rendah daripada suku kata tertekan (unstressed).


Gabungan kumpulan huruf-huruf ‘er’, ‘ir’, ‘ur’ juga adalah dari golongan diftong (murmur diphthong er = ir = ur). Masih juga kedengaran gabungan dua bunyi.


Cuba sebut perkataan ‘fern’, ‘fir’ dan ‘fur’ –  ketiga-tiga perkataan ini mengguna bunyi schwa yang sama. Berhati-hati semasa cuba mengeja perkataan dari kumpulan ini, bunyi sama, huruf vokal dan maksud tidak sama. Di bawah ini adalah beberapa contoh perkataan yang mengguna diftong er, ir dan ur (er, ir and ur wordlist);

  er as in ferns


alert        clerk        clergy      divert      fern
germ      her           herb         insert       jerk
nerve      percent  perfect    perk        perm
prefer     serve       stern         term       verb
verge     verse       herd         merge






     ir as in fir tree
birth         chirp        circle       circus      dirt           fir             firm           first           flirt           pencil      shirt           sir             smirk        squirt       stir             third         skirt          stir            twirl           whir


ur as in cat’s fur    

blurt        burger    burn        burp        burst       blur         church    churn
curb       curfew    curve      curd
curl        curse       fur           gurgle
hurl        hurdle     hurt          incur
lurch      lurk          murder    murmur nurse     occur      purple     purr
purse     surf          turtle        turn   


PERHATIAN;

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkataan yang tidak mengikuti garis panduan seperti di atas. Ada kalanya ur berada diawal perkataan dan 'u' mengguna bunyi panjang ū (kira-kira 60 perkataan seperti uranium, Uranus, uremia, dll.)


Adakalanya juga schwa juga diguna dalam suku kata dengan gabungan a + r  seperti yang terdapat dalam perkataan-perkataan dollər, polər, grammər, collər.


Terdapat beberapa perkataan yang diberi tekanan (stressed) yang mengguna bunyi schwa seperti; word, world, work, perfect, jury, sure surprise, girl, bird dan lain-lain.


Selamat Mencuba


RENUNGAN BERSAMA
BIRD PARK


Taman Burung Kuala Lumpur dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar. Terdapat lebih kurang 2000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi - burung Enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo mendiami taman burung ini.

Wednesday, August 3, 2011

Schwa, third vowels sound, stressed unstressed sounds, bunyi schwa, bunyi vokal tunggal ketiga


Part 7C – Schwa
Bab 7C – Bunyi Schwa

SCHWA (Ə)




Selain bunyi-bunyi pendek (short sounds) dan bunyi-bunyi panjang (long sounds), huruf-huruf vokal  tunggal mempunyai bunyi ketiga iaitu bunyi schwa, dilambangkan oleh huruf vokal e terbalik. 


Kita boleh lihat perbezaan antara ketiga jenis bunyi-bunyi vokal tunggal ini seperti contoh di bawah;



Vokal/     Bunyi                 Bunyi                   Bunyi
huruf     Pendek           Panjang          Schwa/contoh
 a           “ăpple”           “āpe”              “ə - stomach
e            “ĕlephant”     “ēve                “ə” - dozen
i              “ĭnk”               “f īve                “ə”- cousin
o            “ŏrange”        “rōpe              “ə” - condition
u             “ŭmbrella”    “cūte               “ə” -  campus
y                                     ē atau ī           “ə” -  syringe.


Apa itu bunyi SCHWA (Ə)? Sini.
 
Perkataan schwa berasal dari perkataan Hebrew shva yang bermaksud kekosongan atau vokal tidak bunyi. 

Bunyi schwa (ə) bunyi seperti vokal pendek ŭ tetapi ianya dilafazkan dengan nada tekanan lebih lembut yang meluncur dengan pantas.  Bunyi vokal pendek ŭ sentiasa mempunyai tekanan yang kuat (ŭ - stressed) tetapi schwa (ə) sentiasa mempunyai tekanan yang lemah (ə - unstressed).
 

Tekanan (stress) merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Inggeris apabila dipakai tekanan pada suku kata ia akan menghasilkan bunyi vokal yang berbeza.


Bunyi schwa boleh diwakili oleh mana-mana vokal, a, e, i, o, u termasuk huruf y - semua vokal boleh digunakan untuk mengeja bunyi schwa. Jesteru itu bunyi schwa boleh membuat sesuatu perkataan sukar untuk dieja kerana tidak begitu jelas vokal yang mana satu yang membuat bunyi schwa tersebut, misalnya;

Huruf-huruf vokal mengguna bunyi schwa (ə)

   a           e            i             o            u
alike       bitten     cabin       apron     campus
along     dozen     cousin     bottom   circus
aloud     oven       habit       carrot     focus
oral        parcel     pupil       lemon     locus
away      sudden   solid       reason    fretful
vocal      taken      rabbit     seldom   sinful



Sebilangan pendidik sistem Phonics berpendapat bahawa bunyi schwa perlu diajar dalam bahagian “Advance” kerana bunyi ini boleh mengelirukan. 


Apa pun, bunyi schwa penting kerana adalah satu bunyi yang paling kerap diguna dalam sebutan perkataan-perkataan harian bahasa Inggeris. Cuba sebut London, son dan Love? Bunyi disebut Lŭndən, sən dan Ləv ya! 



Kalau anda perhatikan, schwa ini seakan bunyi huruf vokal /e/ yang selalu diguna dalam sebutan perkataan-perkataan bahasa Malaysia seperti sebab, lembut, perut dan lain-lain.  


RENUNGAN: Vokal /e/ dalam bahasa Malaysia

Kita sedia maalum dalam bahasa Malaysia juga pembunyian huruf /e/ boleh mengelirukan para pengguna. Umpamanya perkataan S.. .E.. .M...A.. .K, sukar bagi kita hendak membunyikannya jika perkataan tersebut tidak disertakan dalam frasa atau ayat; S...E...M...A...K sebagai semak (e pepet) atau semak (e taling)? 



Sama juga seperti bunyi perkataan perang, sepak dan sebagainya.  Kedua-dua bunyi yang berbeza ini ditentukan oleh kehadiran huruf vokal e pepet dan e taling dalam perkataan itu.



Apakah langkah yang perlu diambil supaya anak kita tidak keliru dengan bunyi-bunyi sebutan? - Pelbagaikan aktiviti untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru yang mengguna bunyi schwa;


 dengan mengadakan latihan menyebut perkataan-perkataan ini dengan cara latih tubi.

pembetulan kesilapan- dilakukan secara berperingkat-peringkat atau teguran spontan bila perlu diberi.

mengadakan perbincangan dalam bahasa Inggeris yang betul.

aktiviti mencari makna kata berdasarkan kamus dapat mengaitkan makna sesuatu kata dalam konteks yang berbeza.

adakan latihan bercerita dalam bahasa Inggeris sebagai asas pendedahan bahasa; menayangkan filem, video atau rakaman perbualan, cerita, lagu dan seumpamanya.


Selamat mencuba.