Thursday, July 7, 2011

Part 7B: Sound of ar - Bossy Rr / Bab 7B: Bunyi huruf ar – Bos Rr .




ar for Car


Bunyi gabungan ar adalah seperti bunyi ‘ar’ dalam perkataan ‘car’(ar for car). Bunyi huruf /a/ disini terdiri dari kumpulan bunyi lain, ianya tidak sama dengan bunyi pendek “a for apple” atau bunyi panjang “a for ape”. 


Bunyi huruf /a/ yang kedengaran dalam perkataan “car” seakan bunyi huruf /a/ dalam bahasa Malaysia yang diguna misalnya dalam perkataan arnab?.


Bunyi huruf /r/ menguasai (Bossy r) sebutan bunyi gabungan ini;  bunyi vokal a sekadar bisikan (murmur) mengeluncur ke bunyi huruf r yang kedengaran lebih lantang. (a~r)


Di bawah ini adalah senarai contoh beberapa perkataan yang mengandungi gabungan ar: (ar wordlist)
 


far    jar    scar    star    hard
yard    bark    dark    harm  
charm   harp  sharp  part
start   carve   starve   arch
march   large  barge army  
artist  barber carpet cartoon
darken    farmer    garden  
garlic      harvest    market  
partner   party        target  





Beberapa laman web seperti Starfall.com (link di bahagian kanan blog ini) termasuk banyak yang lain, mengeluarkan latihan (audio) bunyi gabungan huruf ar ini. 


Bahan bacaan menarik dalam bentuk cerita-cerita pendek yang dapat mengejapkan pemahaman mengenai bunyi ini boleh dilayari menerusi laman web Progressivephonics (link di bahagian kanan blog ini).


Selamat membaca.

Renungan Bersama;

Proton cars


Proton Holdings Berhad adalah pengeluar automotif terkemuka di Malaysia.  Proton Saga mula dilancarkan pada 9 Julai, 1985 oleh bekas Perdana Menteri, projek kereta national yang diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad

Selama 25 tahun dalam sektor automotif, PROTON telah mengeluarkan dua belas jenis model kereta Proton. Proton telah berjaya menjual lebih daripada 3 juta unit dan kereta-kereta Proton juga telah dieksport ke lebih daripada 25 buah negara.

Wednesday, July 6, 2011

Part 7A: Sound of r – Bossy r / Bab 7A: Bunyi huruf r – Bos r


Bunyi huruf r - Sound of r
r for rabbit


Bunyi huruf /r/ seperti bunyi Rr dalam perkataan ‘rabbit’ ( Rr for rabbit) adalah satu bunyi yang sangat menarik dan seharusnya disebut dengan jelas dan betul. Bunyi huruf /r/ juga adalah satunya bunyi yang paling sukar untuk dikuasai bagi mereka yang baru saja mula belajar bunyi-bunyi huruf.

Sebilangan pendidik anggap huruf ini sebagai “BOSSY Rr” kerana bila berdamping dengan huruf-huruf vokal, ia akan menukar bunyi-bunyi asal huruf vokal tersebut. Bunyi huruf /r/ kedengaran lebih lantang dan huruf vokal dibunyikan sekadar desiran (murmur) sahaja.

Bunyi huruf /r/ tidak menjadi masaalah kepada mereka yang mahir atau yang mengguna bahasa Malaysia sebagai bahasa ibunda. Ini adalah kerana bunyi ini sama dengan bunyi /r/ dalam bahasa Malaysia. 

Ada dari kalangan kita yang dilahirkan dengan bentuk bibir sumbing atau susunan gigi tidak rata. Ini termasuk juga mereka yang mempunyai kelemahan-kelemahan lain umpamanya mereka dari golongan ‘dyslexia’ atau ‘slow learners’ dan pelbagai masaalah lain. Sebilangan dari mereka ini mungkin akan mengalami kesukaran (pelat) untuk membunyikan huruf Rr dengan betul.

Apa jua masaalah yang ada pada diri, kita perlu usaha mencari aktiviti bersesuaian yang dapat membantu mereka mengatasi kelemahan masing-masing. 

Sebutan bunyi huruf Rr yang tidak betul akan memberi kesan keatas ejaan dan erti perkataan misalnya ‘fry’ (goreng) tersilap sebut ‘fly’ (terbang), ‘rice’ (nasi) tersilap bunyi ‘lice’ (kutu), ‘right’ (kanan/betul) disebut ‘light’ (cahaya/ringgan) dan sebagainya.

Sekiranya usaha secara formal tidak dapat memberi kesan, cuba guna sumber-sumber semulajadi bagi membantu; bunyi-bunyi yang kedengaran di sekeliling kita?. Di bawah ini adalah beberapa tips/aktiviti menarik yang harap akan dapat membantu anda:

A.  Demonstrasi video
1)    Video A - Rachel English Pronunciation (sini)

Sila beri perhatian dari segi bentuk mulut, posisi bibir dan gulungan lidah serta bagaimana bunyi ini perlu dikeluarkan.

2)    Video B -  Belajar dari bunyi-bunyi ayam (sini)

Tiap pagi ayam jantan lazimnya mesti berkokok, seolah mengarah tiap insan supaya bangun dari tidur? Memang ‘bossy’ ya? Sila perhatikan (bahagian leher) bagaimana ayam mengeluarkan bunyi. Adakah kedengaran seakan sebutan bunyi huruf /r/?

3)   Video C - Belajar dari bunyi-bunyi singa (sini)

Singa juga ialah sejenis haiwan liar yang sangat ditakuti manusia. Singa juga dikenali sebagai Raja atau Boss segala binatang dalam hutan. Apa agaknya reaksi kita bila terserempak dengan seekor singa?

Lihat bagaimana ianya menderam, berdengung mengeluarkan bunyi, apakan kedengaran seakan menyebut bunyi /r/?

4)   Video D – Belajar dari bunyi-bunyi kucing (sini)

Kucing oren cuba tunjuk kehebatan diri dia sebagai ‘boss’? Perhatikan getaran (vibration) serta gulungan bunyi yang dikeluarkan, juga kedengaran seakan menyebut bunyi huruf /r/?

Video-video di atas memang lucu tetapi dapat memberi kesan positif kepada mereka yang bermasaalah. Kanak-kanak lebih cepat menangkap bunyi-bunyi baru sekiranya dikatitkan dengan bunyi objek, binatang dan sebagainya yang mereka kenal dan gemari. Aktiviti begini menyeronokkan, dapat merangsang minda mereka untuk berfikir. 

Ajak anak-anak turut serta berlakon meniru bunyi-bunyi seperti haiwan dalam video ini? Kebiasaannya sesi pembelajaran bunyi huruf /r/ adalah yang paling meriah dalam kelas saya.



B.  Lain-lain
1)  Anak-anak juga dapat memberi pendapat masing-masing; cara mudah mengikut pemahaman mereka sendiri? Sumbangan ini adalah dari seorang kanak-kanak berumur 5 tahun. 

Bunyi enjin kenderaan!   

Apabila berada di garisan permulaan perlumbaan kereta, bagaimana agaknya bunyi enjin? Brrrroom,  brrrroom, katanya! Bunyi /r/ begitu jelas dan lantang dibunyikan.

2)  Seorang murid yang berusia 36 tahun sejak kecil lagi tidak berjaya menguasai bunyi Rr. Tips-tips yang diberi di atas juga tidak memberi kesan. 

Saya minta dia sebut perkataan bahasa Malaysia ‘ERTI’- boleh pula! Tiada masaalah dan tepat sebutan dia?


 Ya, bunyi /r/ dalam perkataan ‘ERTI’ -  saya sarankan supaya tiap hari dia berlatih mengguna cermin, sebut berulang-kali perkataan ‘ERTI’,ERTI’,ERTI’!


Perhatikan pergerakan mulut, bibir dan lidah semasa menyebut perkataan ini. 

Hanya dalam tempoh masa satu minggu sahaja dia telah mengatasi kelemahan dan berjaya membunyikan huruf Rr dengan selesa dan tepat!

Mengajar anak-anak dari rumah dapat memberi ibubapa ruang dan kebebasan untuk meneroka dan mencuba cara-cara tersendiri dengan harapan dapat membantu anak belajar mengikut tahap penerimaan masing-masing.  

Kita sendiri yang lebih memahami kelemahan yang ada pada diri anak kita, oleh yang demikian berikhtiarlah mencari sumber-sumber yang dapat membantu mereka mengatasi kelemahan ini.


Selamat mencuba


Renungan bersama

Rubber Trees 

Malaysia pernah menjadi 
pengeluar getah asli terbesar di dunia sehingga tahun 90-an.
Kini, Malaysia adalah pengeluar ke-3 di belakang Thailand dan Indonesia. Ketiga-tiga negara ini mengeluarkan hampir 2/3 daripada pengeluaran getah dunia.