Sunday, June 26, 2011

ou, ow sound – Diphthong (wordlist) / Bunyi ou, ow – Diftong (senarai perkataan).


Bab 6D:  Bunyi ou, ow – Diftong (senarai perkataan).                 .

 

           ‘ou’ as in mouse
Diftong dari gabungan dua huruf vokal ‘ou’ dan huruf vokal ‘ow’ menghasilkan bunyi yang sama (diphthong ou = ow). Video-video demonstrasi Rachel English  pronunciation tadi akan memberi cara bagaimana bunyi ini dikeluarkan.



               ‘ow’ as in cow
Bermacam jenis aktiviti boleh diadakan bersama anak anda bagi memudahkan mereka ingat bunyi-bunyi baru yang ingin disampaikan.  Sebagai contoh, kita boleh mainkan lagu, berlakon atau menonton video-video seperti rakaman  lucu “Charlie bit me again” ini. (Disini jelas kedengaran bunyi diftong yang disebut oleh Abang Charlie dalam perkataan “ouch” dan “ow”).   

ou - wordlist / senarai perkataan
about        amount       announce         around
blouse        bough         bounce            bound
bout           cloud          compound       confound
couch        council       count                counter
county       crouch        doubt                douse
flour            flout             foul                    found
ground       loud            lounge               lousy


ou - wordlist / senarai perkataan

allow           bow              brow             browse 
cow             crowd           crown           down
dowry          drown          drowse          eyebrow
 flower         fowl              frown              gown
growl           how              now                owl
powder        power          prowl             row
rowdy          scowl            shower          sow
towel           tower             town              vow
vowel          wow              yowl
Sila dapatkan banyak lagi contoh perkataan yang mengguna diftong ‘ou’ dan ‘ow’ dari laman web sini.


Peringatan:

Beberapa perkataan yang mengguna ejaan sama seperti bow, row dan sow mempunyai dua bunyi yang berlainan. Bukan saja bunyi tidak sama, maksud perkataan juga tidak sama. Kita lihat contoh-contoh seperti di bawah;

Diftongs                              Two Vowels Team
bow (tundukan)                bow (ibu panah)
                                            bow (haluan kapal/perahu)
row (pertengkaran)          row (barisan)
                                            row (mendayung)
sow (khinzir betina)           sow (menabur benih)

Dalam bahasa Malaysia bunyi diftong yang sama juga kedengaran dalam perkataan-perkataan seperti aurat, saudara, harimau dan sebagainya. Walaubagaimana pun, diftong yang diguna dalam bahasa Malaysia adalah hasil gabungan dua huruf vokal ‘au’.


“Naughty Ww” – / Huruf nakal Ww

Ada dari kalangan pendidik menyifatkan huruf /w/ sebagai  hufur nakal (‘naughty w’) kerana bila saja berdamping dengan huruf vokal  /a/, /e/ dan /o/, ia akan menukar bunyi huruf-huruf  vokal tersebut. Perhatikan bagaimana nakalnya Charlie dalam video diatas?


“Troublesome OU” / OU yang menyusahkan

Gabungan huruf ‘ou’ disifatkan sebagai gabungan dua huruf vokal yang menyusahkan (“troublesome ou”). Selain bunyi diftong dan bunyi dari kumpulan “Two Vowels Team”, ‘ou’ mempunyai banyak bunyi lain bila dituruti huruf-huruf konsonan tertentu. Bunyi-bunyi ini akan kita telitikan dalam sesi ‘beyond phonics’ nanti. Sebagai contoh, cuba sebut perkataan-perkataan di bawah ini, semuanya mempunyai bunyi-bunyi berlainan ya?
house
cough
dough
rough
through
thorough
thought
hought


Selamat membaca.



Renungan bersama:

Petronas Twin Tower (SINI)

Bangunan 88-tingkat yang pada satu ketika 
dulu adalah bangunan tertinggi didunia.





  

           

Tuesday, June 14, 2011

Bunyi oi, oy – Senarai perkataan-perkataan Diftong / oi, oy sounds – oi, oy Diphthong wordlist, oi as in coins, oy as in boys



Bab 6C:  Bunyi oi, oy – Senarai perkataan Diftong.                 
Part 6C:  oi, oy sounds – oi, oy Diphthongs wordlists.



               oi’ as in coins
Diftong ialah bunyi hasil gabungan dua huruf vokal di mana bunyi vokal yang pertama menggeluncur ke bunyi vokal yang kedua.  Lafaz bunyi vokal yang pertama lebih lantang berbanding bunyi vokal yang kedua. Diftong ‘oi’ dalam perkataan seperti ‘coin’ dan ‘oy’ dalam perkataan seperti ‘boy’ mempunyai bunyi yang sama (‘oi’ = ‘oy’).  
 



              
       

 oy’ as in boys




Banyak video-video demonstrasi dari beberapa laman web yang boleh anda layari secara percuma bagi membantu anda belajar bunyi diftong ‘oi’ dan ‘oy’. Di sini saya turunkan video tutorial yang dikeluarkan oleh Puan Rachel melalui laman web Rachel English Pronunciation.

 
Di bawah ini adalah senarai beberapa contoh perkataan-perkataan diftong ‘oi’ dan diftong ‘oy’;


'oi' Wordlist - Senarai perkataan-perkataan ‘oi’

Avoid, boil, choice, coil, coin,
foil, groin, hoist, join, joint,
loiter, moist, noise,
point, poise, poison, soil, spoil,
toil, toilet, turmoil, voice, void.



'oy' Wordlist - Senarai perkataan-perkataan ‘oy’

Alloy, annoy, boy, buoy,
cowboy, coy, decoy, deploy, destroy,
employ, enjoy, joy, loyal,
oyster, ploy, envoy, soy, toy


Dalam bahasa Malaysia juga terdapat gabungan vokal ‘oi’ dalam perkataan-perkataan seperti amboi, kaloi dan  tampoi.  Sila beri perhatian bahawa bunyi diftong tersebut tidak sama dengan bunyi diftong dalam bahasa Inggeris. 


Tahukah anda ada sejenis haiwan yang mengeluarkan bunyi seakan bunyi diftong oi ? Cuba teka apakah nama binatang tersebut? 


Memainkan lagu kanak-kanak mengenai bunyi-bunyian huruf yang menarik dan menyeronokkan akan juga dapat membantu mereka mudah mengingati bunyi-bunyi baru.  Sila klik di sini dan ajak mereka menyanyi bersama-sama. 




Terkini :  Selasa, Julai 26, 2011

New Malaysian Coins


Duit syiling keluaran baru Malaysia 2012 siri ketiga. Rekabentu duit syiling baru ini mencorakkan budaya dan warisan negara.

Duit syiling siri ketiga ini bersaiz lebih kecil dan ringan. Duit syiling baru yang berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 secara berperingkat-peringkat yang dipakej secara khas dan akan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set.


Selamat membaca.


Renungan bersama:

Oil Palm Plantation
Ladang Kelapa Sawit, Malaysia

Malaysia dan Indonesia merupakan pengeluar kelapa sawit terbesar didunia, kedua negara ini menyumbang sebanyak 80 peratus eksport minyak sawit dunia.

Friday, June 10, 2011

ew,oo sounds (diphthong) - long oo and short oo / Bunyi huruf gabungan ew,oo


Bab 6B:  ew, oo sounds – Diphthong (slides/wordlist)
Part 6B:  Bunyi ew, oo – Diftong.                 



Bunyi ew (diftong) / ew sound (diphthong)


Dalam bab 5A kita telah belajar mengenai bunyi hasil gabungan ew (sini) dan juga telah mengadakan latihan mengeja perkataan-perkataan yang mengandungi dua vokal ini melalui slide di (sini). Masih ingat ya?


He blew the candles


ew wordlist

blew,  brew,  cashew,  chew,  crew,
curfew,  dew, drew, few,  nephew,
new,  jewel,  knew, mew,  renew,
review,  screw, sewer, shrew, shrewd,
 skewer, stew, steward, view, 



Bunyi oo / sound of oo


Gabungan dua vokal oo mempunyai dua jenis sebutan iaitu bunyi panjang oo dan bunyi pendek oo.  Sekali lagi kita belajar mengguna video demonstrasi keluaran Rachel English Pronunciation yang akan dapat memberi gambaran dengan lebih jelas bagaimana bunyi-bunyi ini seharusnya dikeluarkan (long oo and short oo). 



Misalnya oo dalam perkataan ‘school’ mengguna bunyi panjang oo manakala oo dalam perkataan ‘footprint’ mengguna bunyi pendek oo. (Long oo as in school and short oo as in footprint).

         

Di bawah ini adalah beberapa contoh perkataan-perkataan yang mengguna bunyi panjang oo dan bunyi pendek oo;


oo panjang / Long oo                      oo pendek / short oo

balloon, bamboo, broom                 book, brook, cook
cool, food, fool, hoot,                        foot, good, hood, hook    
loop, moon, pool, room                     look, nook, rook, took    
school, shoot, soon                             shook, soot, stood,
goose, spoon, stool, tooth                  wood, woof, wool


Apakah anda dapat mengenalpasti akan perbezaan antara bunyi panjang oo dan bunyi pendek oo? Sila layari laman web Worksheetgenius untuk mendapat banyak lagi perkataan-perkataan yang mengguna dua jenis bunyi oo di sini



Cuba baca perkataan- perkataan ini; food, foot, flood, broom, brook, blood.  Kita beralih kepada sebutan bunyi oo dalam perkataan blood dan flood? Bunyi panjang oo, bunyi pendek oo ataupun mengguna bunyi yang lain? Sila beri jawapan anda dalam petak komen di bawah.


Jangan lupa kejapkan pemahaman topik ini dengan membaca cerita-cerita pendek, secara online seperti dalam laman web progressivephonics dan lain-lain, link disediakan di bahagian kanan blog ini.


Ayuh adik-adik kita sama-sama menyanyi  lagu

"Double o, oo"




Selamat membaca.