Wednesday, January 26, 2011

Sound of ea / Two Vowels Team (SLIDES) - Bunyi ea / Vokal berganding / Digraf Vokal


BAB 5B  :  Bunyi ea / Vokal berganding / Digraf Vokal


Kaedah Phonics diatur secara tersusun dan sistematik supaya mudah diguna oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Garis panduan Phonics Two Vowels Team senang dan ringkas untuk difaham. Cara penyampaian perlu diubahsuai dan dipadankan mengikut tahap kebolehan dan peringkat umur masing-masing.


Dari pengalaman saya, kanak-kanak dari peringkat umur 4tahun hingga 7tahun akan lebih aktif mengambil bahagian dalam kelas sekiranya cara penyampaian peraturan Phonics diselit dengan aktiviti lukisan dan aksi-aksi lakonan. Minda imaginasi mereka sangat unik dengan gaya tersendiri.
 
Bunyi hasil gandingan huruf ea mengikut peraturan Two Vowels Team;

huruf /e/ memanggil nama sendiri (bunyi panjang) dan
huruf /a/ tidak berbunyi.



Sounds of ea / Two Vowel Teams slides
Bunyi vokal gandingan ea




Dibawah ini disenaraikan beberapa contoh cantuman huruf ea dengan kumpulan-kumpulan bunyi seperti klusters, digraph dan lain-lain;

Peace  league  appease  cease
decrease  disease  grease increase
please  tease reason  season  treason  
heave  leave weave
East  beast  least  yeast
scream squeal streak stream wreath
beneath defeat repeat ordeal  reveal
peacock peanut
 


Perkataan-perkataan dari kumpulan bunyi seperti STEAK, BREAD, HEART, EARTH dan beberapa yang lain, tidak mengikut peraturan Two Vowels Team dan akan diperkenalkan dalam sesi-sesi akan datang.


Dapatkan bahan-bahan latihan dan buku bacaan mengenai Two Vowels Team menerusi laman-laman web seperti yang telah saya sertakan di bahagian kanan blog ini.


Selamat membaca.

Thursday, January 20, 2011

Sounds of ai - Two Vowels team / Vowel Digraphs (SLIDES) / Bunyi ai - Vokal berganding / Digraf Vokal


BAB 5A  :  Bunyi ai - Vokal berganding / Digraf Vokal



Gandingan vokal ‘ai’ akan memperkenalkan banyak perkataan-perkataan mudah yang kerap diguna dalam perbualan harian.    
 

Terdapat sebuah tayangan gambar yang begitu popular yang bertajuk;



sebuah lagu yang dimainkan dalam tayangan gambar “My Fair Lady”. Eliza (seorang gadis kampung yang buta huruf) belajar membaca bahasa Inggeris dengan Professor Higgins.  Mereka begitu gembira apabila akhirnya, Eliza telah berjaya membunyikan gandingan dua vokal ai ini dengan fasih dan kemas. 


Sila ambil perhatian dengan bunyi panjang vokal /a/ dan latih berulang kali kerana bunyi cantuman vokal ini tidak sama dengan sebutan bunyi dalam bahasa Malaysia. Contohnya;


Bahasa Inggeris -    main   (yang utama)
Bahasa Malaysia  -   main 
....Tidak sama bunyi ya! 




Slides ‘ai’ – Two Vowels Team / Digraf Vokal

Bagaimana pula agaknya perkataan-perkataan ‘said’ dan ‘aisle’ disebut? Oh no! mengeluh murid saya yang baru saja berumur 6tahun! Lain benar pula bunyi perkataan-perkataan itu.


HOMOPHONES

    SILENT E       TWO VOWELS

hale               hail
made              maid
male               mail
mane               main
pane               pain
plane               plain
sale                sail
tale              tail
waste              waist


Sudahkah anda mencari erti perkataan-perkataan di atas? Dari senarai itu kita ambil satu contoh; made (ejaan mengikut peraturan a Magic e) dan maid (ejaan mengikut peraturan Two Vowels Team). 



  • Made ertinya membuat/ dibuat dan 
  • maid pula ertinya seorang pembantu rumah. 

Ingat, bunyi sama, mengguna bunyi huruf panjang /a/ tetapi ejaan dan maksudnya lain sekali.



Jesteru itu, adalah penting anda mula melatih anak anda untuk mengguna KAMUS..


Renungan Bersama




snails - Escargot

 Pasar ikan di Lagos, Nigeria (gerai-gerai sementara) yang terletak di bawah Jambatan Falomo ini disumbang oleh Puan Nik Faridah. Perhatikan seorang wanita sedang menjual sejenis siput besar (snails) yang dipanggil Escargot.  Ikan seperti Tenggiri dijual dengan harga 1899 Naira sekilo (RM50/kg).



Selamat membaca

Wednesday, January 19, 2011

Two Vowels team / Vowel Digraphs (Introduction) / Dua Vokal berganding / Digraf Vokal (Pengenalan)


PART 5tv1: Two Vowels team / Vowel Digraphs -  Introduction.
BAB  5tv1:  Dua Vokal berganding / Digraf Vokal - Pengenalan




Sifat digraf vokal sama seperti digraf konsonan; gabungan dua huruf kali ini huruf-huruf vokal yang menghasilkan hanya satu bunyi. DIGRAPH berasal dari perkataan ‘di’ yang bermaksud dua dan ‘graph’ ertinya huruf.





Digraf vokal juga dikenal sebagai Two Vowels Team – dua vokal berganding; vokal pertama sahaja berbunyi dan mengguna bunyi panjang dan vokal kedua tidak berbunyi. SENYAP, Zip mulut rapat-rapat!


Satu kelauran video yang sangat menarik “when two vowels go walking, the first one does the talking” (klik pada link di bahagian atas) yang dapat memberi gambaran dengan lebih jelas dan menyeronokkan mengenai peraturan vokal berganding ini. Kita lihat di bawah beberapa contoh dan minta anak anda meneka apakah bunyi yang dihasilkan oleh gandingan dua vokal-vokal ini;


 ā i,   ē a,   ē e,   ē i,   ī e,  


Perhatikan huruf-huruf konsonan /w/ dan /y/ yang mengambil peranan sebagai huruf vokal dalam kumpulan ini. Masihkah anda ingat dalam sesi pengenalan bunyi-bunyi huruf, kumpulan vokal terdiri dari huruf-huruf /a/, /e/, /i/, /o/, /u/ dan kadangkala huruf /w/ dan /y/?


Mudah ya! Sekiranya anak anda dapat menguasai bunyi-bunyi panjang dari kumpulan ini, (sebutan nama huruf dalam abjad) dengan cekap mereka akan dapat mengenalpasti dan membaca beratus-ratus lagi perkataan baru dalam masa yang singkat.


Jangan lupa untuk membekalkan kepada mereka bahan latihan serta buku-buku cerita pendek mengenai topik Two Vowel Teams. Sila klik dan layari bahagian kanan blog ini untuk mendapatkan link-link yang menyediakan bahan-bahan tersebut, sebahagiannya diberi secara percuma kepada mereka yang belajar membaca bahasa Inggeris dari rumah. 


Sesi-sesi seterusnya kita buat latihan bunyi panjang Two Vowels Team menerusi slideshow. Guna slides untuk berlatih berulangkali supaya cekap dengan bunyi serta ejaan huruf panjang Two Vowels Team.


Seperti biasa, akan terdapat beberapa bunyi yang tidak langsung mengikut garis panduan Phonics seperti bunyi-bunyi dari kumpulan  diphthong / diftong, kumpulan-kumpulan oo, ea, ou  dan lain.


Bagi peringkat asas, kita sekadar tumpukan perhatian belajar bunyi panjang Two Vowels Team dahulu OK? Bunyi-bunyi lain yang terkeluar dari garis panduan Phonics ini, akan kita halusi dalam sesi-sesi yang akan datang.


RENUNGAN BERSAMA

HOMOPHONES

    SILENT E       TWO VOWELS



bale                bail
hale               hail
lone               loan
made              maid
male               mail
mane               main
pale                pail
pane                pain
plane                plain
sale                sail
sole                soul
tale                tail
tide                tied
waste                waist
whale               wail

Owh Owh!

Bunyi sama, ejaan dan makna tidak sama. Mulai sekarang, anak anda sudah perlu mula membuka kamus untuk mengetahui erti-erti perkataan yang mereka belajar. Bagi memudahkan anak anda, bahagian terjemahan serta kamus bergambar juga telah saya sertakan di bahagian kanan blog ini.



Selamat Membaca
      

Sunday, January 16, 2011

Closed and Open Syllables / Suku kata tertutup dan terbuka

PART 4sG: Closed and Open Syllables
BAB  4sG: Suku kata tertutup dan terbuka


Satu topic yang perlu diberi perhatian adalah closed and open syllables iaitu suku kata tertutup dan terbuka. Ini sangat penting kerana dapat membantu anak anda mengguna bunyi-bunyi vokal yang betul dan tepat. Bagi menentukan sama ada suku kata tertutup atau terbuka, kita lihat pada kedudukan vokal. 


Suku kata tertutup
Dalam suku kata tertutup, hanya akan terdapat satu huruf vokal yang diikuti konsonan. Lihat contoh-contoh di bawah:

  • VK:   an,  at,  in,  if,  it,  off,  on,  up,

  • KVK:  cap,  pet,  sit,  cop,  cup

  • Campuran:  ab-sent,  con-tact,  con-test,  den-tist,   f-abr-ic,  hap-pen,  in-sect,  kit-ten,  rab-bit,  sub-ject,  sub-mit,  sud-den

Setiap suku kata tertutup kebiasaannya akan mengguna bunyi vokal pendek.




Suku kata terbuka
Dalam suku kata terbuka pula, vokal yang tidak diikuti huruf konsonan, kebiasaannya akan mengguna bunyi panjang (sebutan nama vokal), seperti contoh di bawah:


  • KV :  bi,  go,  he,  hi,  me,  no,  she,  so,  we

  • Campuran:  a-pron, a-gent, ba-sic, la-test, 
       e-ven, be-gin, be-yond, le-gal, re-lax

       bi-cycle, ti-ger, mi-ner

       o-val, bo-nus, ho-tel, to-tal, lo-cate, ro-bot,

       u-nit, u-nite, stu-dent.


Dalam mana-mana peraturan semestinya terdapat beberapa pengecualian,  seperti yang terdapat pada perkataan-perkataan seperti do, to, who dan sebagainya.



Renungan Bersama

World's tallest man meets the Earth's shortest / Lelaki yang paling tinggi bertemu dengan lelaki yang paling pendek dalam dunia.
 

Selamat membaca.