Friday, December 31, 2010

PHONIC (SLIDES) MAGIC / SILENT e - (LONG VOWEL SOUND Aa) / e AJAIB / SENYAP (BUNYI VOKAL PANJANG Aa )

PART 4eB:   PHONIC: LONG SOUND Aa (SLIDES)
BAB  4Eb:   PHONICS: BUNYI PANJANG Aa (SLIDES)
               SLIDES : MAGIC / SILENT e - e AJAIB / SENYAP


Terma seperti Mr Magic E direka bertujuan untuk  menyeronokkan pembelajaran agar dapat merangsang minda fantasi serta imaginasi kanak-kanak dan mengajak mereka turut aktif mengambil bahagian. 


Bentuk aktiviti seperti ini juga akan memudahkan penyampaian satu-satu garis panduan peraturan Phonics.  Guna kreativiti, selit aksi lakonan dengan gerak-gaya dramatis. Ceriakan cara penyampaian !


Mr Magic E dikaitkan di sini kerana huruf vokal /e/ memang AJAIB. Abra kadabra!, alakazam! seorang lelaki (man) ditukar menjadi bulu tengkok kuda atau singa (mane) ! Hebat! Hebat! Apakah rahsia Mr Magic E?


Kehadiran huruf /e/ yang tampil mengikut turutan vokal konsonan vokal (VKV atau VKKV), secara ajaib akan menukar semua bunyi huruf vokal pendek sebelumnya. Dengan serta-merta mengguna bunyi NAMA sendiri (bunyi panjang). Vokal /e/ tersebut tidak berbunyi, SENYAP!


Beratus perkataan dengan mudahnya akan bertukar menjadi perkataan baru, Hebat! lihat contoh-contoh di bawah;


căp            cāpe
dăm           dāme
făt            fāte
hăt            hāte
păn            pāne
răt            rāte
scrăp         scrāpe
tăp           tāpe


SLIDES : Long sound A – Magic/Silence e
Bunyi Panjang Huruf Aa – e Ajaib/Senyap

Latih berulang kali. Sebutan huruf panjang Aa sukar bagi sebilangan kanak-kanak kerana berbeza dengan sebutan Aa yang diguna dalam bahasa Malaysia.



Renungan Bersama:

gāme


29hb Disember 2010 
 
 








                              Suzuki cup 2010 

Abra kadabra!, alakazam! 

Selamat mencuba!

Wednesday, December 29, 2010

PHONIC (SPELLING) LONG VOWEL SOUNDS: MAGIC- SILENT e / (MENGEJA) BUNYI VOKAL PANJANG: e AJAIB - SENYAP

PART 4eB:  PHONIC (SPELLING) LONG VOWEL SOUNDS
BAB  4Eb:  PHONICS (MENGEJA) BUNYI-BUNYI VOKAL PANJANG
                   MAGIC - SILENT e / e AJAIB - SENYAP


Magic atau persembahan silap mata adalah satu kegemaran bukan saja bagi kanak- kanak, golongan orang dewasa pun apa kurangnya.. memang menyeronokkan! 


Phonics pun ada Mr Magic e! 

Kita sama-sama lihat keajaiban yang ada pada huruf vokal /e/ (magic touch) bagaimana huruf ini dengan sekelip mata menukar bunyi semua bunyi huruf-huruf vokal pendek dijadikan bunyi vokal panjang!


Bayangkan, dalam masa yang singkat, anak anda dengan mudah akan dapat membaca beratus perkataan baru mengguna rahsia sakti Mr Magic e.
 

Masih ingat tanda-tanda yang diguna untuk membezakan bunyi vokal panjang dan bunyi vokal pendek? 

Bunyi vokal panjang:  ā  ē   ī    ō   ū    
Bunyi vokal pendek:  ă    ĕ    ĭ    ŏ   ŭ


Lihat rajah di bawah ini supaya dapat gambaran dengan lebih jelas apa yang ingin disampaikan;             
                                MAGICAL/ AJAIB
 Kehadiran huruf vokal /e/ akan menukar bunyi semua huruf-huruf vokal pendek menjadi panjang dalam urutan vokal-konsonan-vokal (VKV /VKKV) . Pada masa yang sama huruf /e/ berkenaan akan senyap, tidak berbunyi.



  • Hăt (topi) menjadi hāte (benci).    (slides di sini)
  • pĕt (haiwan peliharaan) menjadi Pēte (nama lelaki)
  • sĭt (duduk) menjadi sīte (tapak-tempat) (slides di sini)
  • rŏb (rompak) menjadi rōbe (jubah)  (slides di sini)
  • cŭb (anak singa, harimau, serigala dan beruang) menjadi cūbe (kiub,kuasa tiga).   (sini)

Hanya dengan menambah huruf vokal e, akan bertukar semua bunyi dan  makna perkataan!   HEBAT  Mr Magic e!



Adakan aktiviti main silap mata seperti di atas bersama anak anda. Dalam tempoh masa setengah jam, berapa ratus perkataan baru yang mereka dapat baca? Ajaib ya?



Saya akan sediakan latihan slideshow bagi membantu fasih menguasai sebutan perkataan-perkataan yang mengguna bunyi huruf panjang Magic/Silent e.

 

Renungan bersama: 

 

 

 

 

Apakah keistimewaan pemuda ini, Mark Zukerberg, yang telah dianugerahkan gelaran Person of the year 2010? (sini).


........For connecting more than half a billion people and mapping the social relations among them, for creating a new system of exchanging information and for changing how we live our lives, Mark Elliot Zuckerberg is TIME's 2010 Person of the Year




Selamat membaca

 

Monday, December 27, 2010

VOWEL SOUNDS: /y/ AS ē AND ī / BUNYI VOKAL: HURUF /y/ BUNYI ē DAN ī

PART 4yA : VOWEL SOUNDS: /y/ AS  ē AND  ī
BAB 4yA :  BUNYI VOKAL - HURUF /y/ BUNYI  ē DAN  ī


Dalam sesi pembelajaran bab 1 bahagian ‘sounds of the alphabet’, anak anda sudah dapat menguasai bunyi huruf konsonan /y/ yang dihubungkait dengan bunyi sebutan seperti dalam perkataan ‘yellow’.  Kanak-kanak pasti juga selesa dengan objek yoyo?  Bunyi y, y, y, y, yoyo!


Walaubagaimanapun /y/ akan menukar bunyi apabila berada di belakang perkataan dan mengambil bunyi panjang huruf vokal ī dan ē!



1.           y sound of long ī / y bunyi panjang ī 
Kebiasaannya huruf /y/ yang berada di belakang perkataan akan mengguna bunyi vokal ī sekiranya perkataan tersebut mempunyai hanya satu suku kata seperti contoh di bawah ini;

by    cry    dry     fly     fry
my   ply     pry     shy    sky
sly   spry   spy     try    why


2.         y sound of long ē / y bunyi panjang ē
Kebiasaannya huruf /y/ yang berada di belakang perkataan akan mengguna bunyi vokal ē, sekiranya perkataan tersebut mempunyai dua atau lebih suku kata, misalnya;

belly      body        buggy    chilly     copy        dizzy    dolly      ferry       jelly         penny     sticky      ugly     windy     mummy    daddy 


3.           Dalam topic kumpulan bunyi gandingan dua vokal (day, key) dan diftong (boy) yang akan datang,  sifat-sifat serta peranan huruf konsonan /y/ yang lain akan diperkenalkan.




Bahan bacaan mengenai topic ini juga dapat di baca secara online atau dimuat turun dengan percuma dari laman web progressivephonics.com dan sebagainya. Baca berulang kali bagi mengejapkan pemahaman anak anda.


Untuk latihan pemahaman, sila klik di bahagian kanan blog ini dan layari laman-laman web yang menyediakan bahan-bahan latihan dengan begitu menarik.


PS: kepada peminat-peminat seni lukisan, saya ingin berkongsi disini laman web Loish.net seorang pelukis muda dari Belanda dengan gaya lukisan begitu unik;




Selamat membaca.


INTRODUCTION TO LONG VOWEL SOUNDS / PENGENALAN BUNYI-BUNYI VOKAL PANJANG

PART 4 : INTRODUCTION TO LONG VOWEL SOUNDS
BAB 4 :   PENGENALAN BUNYI-BUNYI HURUF PANJANG


 
Ayuh kita luangkan sedikit masa mengimbas kembali lagu-lagu ‘ now I know my ABC’ seperti yang terdapat dalam video Sesame Street (sini) atau lagu-lagu pengenalan nama huruf ABC yang lain mengikut citarasa anak anda.


Okay?

Bunyi huruf vokal panjang adalah bunyi sebutan
NAMA-NAMA huruf dalam abjad Aa hingga Zz.

Mudah?


Diacritical Marks long and short vowels/ Tanda pada bunyi huruf vokal panjang dan vokal pendek; 

 

 1.             Long vowel sounds / Bunyi huruf vokal panjang : Tanda “macron” ( ¯ ).  

 

Sekiranya masih sukar untuk mengingati sebutan nama-nama vokal, kita boleh kaitkan bunyi huruf ini dengan sesuatu objek atau perkataan mudah, misalnya :

      • ā   =  ape 
      • ē   = eve 
      • ī    = ice-cream 
      • ō   = open 
      • ū   = use atau cube
      • ȳ   =  fly 


Mulai dari bab 4 seterusnya, saya akan guna tanda-tanda seperti di atas dalam tutorial bagi memudahkan kita membeza bunyi-bunyi vokal panjang dan bunyi-bunyi vokal pendek dalam sesuatu perkataan.


Bagi huruf vokal panjang ī , ē dan ū, secara ‘unconventional’  (agar senang faham) kita ambil saja contoh bunyi-bunyi yang mirik seakan sama bunyi yang diguna dalam perkataan bahasa Malaysia misalnya;

  •  ī  contoh dalam bunyi pandai, pakai, kedai, tupai, ramai
  •  ē contoh dalam bunyi ibu, itu, ini, ikan, itik, Isnin
  •  ū contoh dalam bunyi ikan yu, baju, sapu, ibu, susu.

Untuk mendapat bunyi yang lebih tepat, klik bahagian kanan blog ini; link video di bawah Rachel English yang memberi demonstrasi dan penerangan dengan begitu mendalam .


2.       Short vowel sounds / Bunyi huruf pendek :  Tanda “breve”  ( ˘ ).

Rupa macam misai! Ulangi sebutan bunyi di bawah dan perhatikan perbezaan diantara bunyi panjang dan bunyi pendek;
      • ă  = apple 
      • ĕ  = elephant 
      • ĭ  = ink 
      • ŏ  = orange 
      • ŭ  =  umbrella

 

Penglibatan saya selama 10 tahun memberi kelas bimbingan Phonics, saya perhatikan ramai dari kalangan kanak-kanak, termasuk dari golongan dewasa yang sukar membunyikan nama huruf ā dan ō dengan betul. 


Mereka mengguna nada bunyi yang menaik (sengau). Tolong beri perhatian dan betulkan kesilapan ini.


Sekiranya kita benar-benar teliti bunyi ā, sebutan seakan gabungan dua bunyi (ay)? Apapun, British, Australian dan American mempunyai loghat (tarikan) mereka masing-masing. 


Kita telitikan bunyi huruf-huruf ini dengan Puan Rachel melalui video Rachel English (ā di sini) dan (ō di sini).


Kejapkan bunyi vokal panjang. Pastikan anak anda boleh membezakan antara bunyi vokal panjang dan bunyi vokal pendek dengan cekap dan yakin. 

 

Saya pasti anak anda sudah mula menunjuk minat membaca kerana sedar betapa perlunya mereka pandai membaca. Sikap ‘ingin tahu’, satu perkembangan positif ini perlu dipupuk dengan baik, dedahkan mereka dengan artikel-artikel menarik yang dapat mengembangkan minda mereka sambil memberi semangat supaya mereka terus belajar membaca.


Renungan bersama :
Siapa  pengasas Google?
Sergey Brin dan Larry Page (sini) , dua pelajar dari Stanford University, California


Selamat mencuba.

Friday, December 24, 2010

Vowels at the start of words and syllable /Vokal pada awal perkataan dan suku kata

PART 3dK:   Vowels at the start of words and syllable.
BAB  3dK :  Vokal pada awal perkataan dan suku kata.


Garis panduan Phonics menyatakan bahawa kebiasaannya dalam sesuatu perkataan, bunyi huruf vokal akan menjadi pendek sekiranya berada diantara dua atau lebih huruf konsonan (sini).

Vokal a, e, i, o dan u kebiasaannya juga akan menjadi pendek sekiranya berada di awal perkataan atau suku kata yang mempunyai hanya satu huruf vokal. Kita lihat contoh seperti di bawah ini;

 
  add, am, an, and, apt, at

ebb,  egg,  elf,  elm,  end

if , ill,  in,  it,

 odd,  off,  on,  ox

  up,  us
  ?   Cuba sebut perkataan “island dan inland”.
?   Macam mana pula bunyi perkataan-perkataan seperti all, old, ask. Bunyi-bunyi yang tidak mengikut garis panduan Phonics akan kita belajar nanti dalam topic "Beyond Phonics".

 
Jangan terburu-buru. Berlatih berulang kali hingga anak anda benar-benar menguasai semua bunyi-bunyi ini dengan tepat dan lancar.
 
Syabas! dan tahniah saya ucapkan. 
Sekiranya anak anda telah berjaya menguasai bunyi-bunyi pendek, mereka sudah mampu mengecam bunyi-bunyi vokal pendek dan akan dapat membaca banyak perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris.

****62 peratus perkataan bahasa Inggeris mengandungi bunyi huruf vokal pendek.***
 
Topik-topik seterusnya kita akan memperkenalkan bunyi-bunyi lain pula, termasuk bunyi-bunyi panjang vokal a, e , i, o, u mengikut garis panduan yang telah disediakan dalam sistem Phonics.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "MERRY CHRISTMAS" kepada semua pengunjung blog ini yang berAgama Christian, dimana saja anda berada..


Happy Reading.

Monday, December 20, 2010

PHONICS: TRIGRAPH / TRIGRAF dge, igh, tch (SLIDES/SPELLING)

PART 3dJ:   TRIGRAPH dge, igh, tch (SLIDES/SPELLING)
BAB  3dJ :  tRIGRAF  dge, igh, tch (SLIDES/MENGEJA)


Trigraf adalah gabungan tiga huruf yang menghasilkan hanya satu bunyi. Di bawah ini kita perhatikan beberapa contoh gabungan dari kumpulan ini;
 
a.     ‘dge’ = mengguna bunyi huruf /j/      (j for jam) 
b.     ‘igh’   = mengguna bunyi huruf panjang ‘ī’, - iaitu sebutan nama huruf vokal /i/ dan ‘gh’ tidak kedengaran. 
c.     ‘tch’  = mengguna bunyi digraph /ch/, huruf /t/ disenyapkan.
         *  
        /ch/ & /j/ sounds / bunyi

        Dari segi bentuk, posisi mulut dan lidah cara untuk menyebut /ch/ dan /j/ adalah sama tetapi bunyi yang dikeluarkan  berbeza; /ch/ tidak bersuara (unvoiced) dan /j/ bersuara (voiced). Untuk mendengar sebutan bunyi-bunyi ini dengan lebih jelas, sila layari video berkenaan dari laman web Rachel English. 


        dge, igh, tch (SLIDES) Trigraph / Trigraf

         



        Aktiviti pengukuhan
        • Ujian mengeja (lisan)
        • Shahiba/Scrabbles
        • Permainan cari kata / Wordsearch & word-puzzle
        • Learn to Speak English (video-video)


        Happy Reading.










        Saturday, December 18, 2010

        PHONICS: sch, shr, thr (slides) Digraph Blends / Gabungan Digraf

        BAB  3dI :  sch, shr, thr Gabungan Digraf


        Apabila sudah menguasai bunyi dalam kumpulan blending, digraf, dan klusters, proses gabungan digraf dan trigraf akan menjadi mudah dan licin (smooth and automatic).


        Bunyi-bunyi huruf dan sebutan mesti tepat dan jelas. Jangan tersilap sebutan bunyi blending misalnya,  flight (penerbangan) disebut fright (ketakutan), fly (terbang) tersilap sebut fry (goreng), lain maksud yang akan disampaikan nanti;


        • blending : 2 konsonan = 2 bunyi
        • digraf      : 2 konsonan = 1 bunyi
        • klusters    : 3 konsonan =  3 bunyi
        • gabungan digraph :    digraf + 1 konsonan = 2 bunyi



        Gabungan digraf seperti ‘sch’ (gabungan huruf ini datangnya dari bahasa German), mengguna bunyi ‘sk’ (digraph blending), ‘sh’ dan ‘s’ (trigraf).  


        Sekiranya anak anda masih sukar untuk mengenalpasti perbezaan jenis bunyi yang perlu diguna, (peringkat asas) cari saja objek atau perkataan-perkataan ringkas untuk membantu mereka misalnya;
         

        School, school, school, sekolah, sekolah, sekolah..
        Cepatkan sebutan awal perkataan sekolah, boleh dengar  bunyi ‘sk’? Ya.. Permudahkan cara penyampaian yang bersesuaian mengikut tahap penerapan individu!



        SLIDES : sch, shr, thr
        Digraph blends/gabungan digraf

         
        HAPPY READING!

        Thursday, December 16, 2010

        PHONICS: scr, spl, spr, str Clusters (Consonant Blends) Slides / Kluster (Gabungan konsonan) slides

        PART 3dH:   PHONICS: Clusters / Consonant Blends
        BAB  3dH :  PHONICS: Kluster / Gabungan konsonan



        Dalam bab-3mg anak anda telah diperkenalkan bunyi gabungan deretan dua huruf konsonan (sini) dan hasil gabungan tersebut, bunyi-bunyi asal dua  konsonan berkenaan tetap kedengaran.


        Dalam sesi latihan mengguna slides di bawah ini seterusnya, mereka akan cuba menggabung deretan 3 huruf konsonan (cluster) juga dengan cara yang sama iaitu:

        Clusters / Kluster
        Tiga huruf konsonan = tiga bunyi.


        scr, spl, spr, str : Slides



        Renungan bersama
        Straight  20A



        HAPPY READING.