Sunday, October 31, 2010

PHONICS ă, ĕ, ĭ, ŏ, ŭ (SLIDES) - REVISION / ULANGKAJI


PART 2R2 :  “SHORT VOWEL  ă, ĕ, ĭ, ŏ, ŭ
BAB 2R2 :  ă, ĕ, ĭ, ŏ, ŭ - VOKAL PENDEK

Ulangkaji - Mengeja

(Slides Picasa ckata SHORT VOWELS ‘a,e,I,o & u - sila klik bhgn kanan blog ini)



LAIN-LAIN LATIHAN ONLINE

1.  neoK12 - "Educational videos, short sounds, blendings"
2.  Youtube – “Short vowels Songs, blending short vowels”.
3.  Howjsay.com -  “A free online Talking Dictionary of English Pronunciation”. Untuk mendapat sebutan tepat dan betul.
4.  fonetiks.org - Untuk mendapat sebutan serta latihan online. 
5.  Enchanted Learning's Little Explorer's Picture Dictionary - Kamus bergambar.
6.  Starfall.com – Latihan online
7.  Foniks.org – Latihan online
8.  Carlscorner.com – Buku-buku latihan, bahan membaca.
9.  Progressivephonics.com - Buku-buku cerita. (Online dan muat turun)


Selamat membaca.


Friday, October 29, 2010

PHONICS - ŭ SHORT VOWELS (SLIDES) /VOKAL PENDEK


BAB 2U :    “SHORT VOWEL ŭ
VOKAL ŭ - PENDEK 


Payung adalah alat untuk berteduh, sebagai pelindung dalam cuaca hujan atau panas.  Ini adalah satu alat yang mudah untuk diingat jesteru itu kita guna “Ŭmbrella” (payūng) sebagai objek untuk dihubungkaitkan dalam pembelajaran bunyi pendek huruf vokal /u/.

 


With thanks to Rachel


Peraturan Phonics memberi garis panduan bahawa bunyi huruf vokal /u/ akan menjadi pendek sekiranya berada diantara dua huruf konsonan KVK, KVKK atau KKVKK. 


Walaubagaimana pun, terdapat beberapa perkataan yang tidak mengikut peraturan ini, misalnya;

  • bŭt, cŭt, hŭt, pūt
  • būll, dŭll, fūll, pūll
  • būsh, hŭsh, rŭsh, pūsh
ŭ - bunyi pendek huruf vokal /u/
ū – bunyi panjang huruf vokal /u/ (nama huruf)
  




LATIHAN MENGEJA 

(Slides Picasa ckata SHORT VOWELS ‘u’ - sila klik bhgn kanan blog ini)

Lain-lain Latihan Online
1.   Youtube – “Short ŭ Songs, blending short vowels”.
2.  Howjsay.com -  “A free online Talking Dictionary of
English Pronunciation”. Untuk mendapat sebutan tepat dan betul.
3.  fonetiks.org - Untuk mendapat sebutan serta latihan online.
4Enchanted Learning's Little Explorer's Picture Dictionary - Kamus bergambar.
5.  Starfall.com – Latihan online
6.  Foniks.org – Latihan online
7.  Carlscorner.com – Buku-buku latihan, bahan membaca.
8.  Progressivephonics.com - Buku-buku cerita. (Online dan muat turun)


Bagaimanakah (secara tradisi) “umbrella” (payung) dihasilkan? Gambar sumbangan oleh Puan Zeezaa – kunjungan ke Gudang pengusahaan “umbrella” di Chiengmai, Thailand. (visit to umbrella making factory Chiengmai, Thailand)

  • bagaimanakah agaknya mereka menghasilkan sebatang  “umbrella”?
  • selain digunakan untuk berteduh dari hujan dan panas, apakah lagi kegunaan-kegunaan “umbrella”?
  • cari perkataan yang mengguna vokal pendek berkaitan dengan “umbrella” seperti; sun, hot, wet, wind, under, mum, dad, picnic, bamboo, gum, sticks, cut, clips, dance, drinks, run, jump, hop, hid, bus, van, robber, swim, wed, king, brush, red, pink, yellow, black, orange dan banyak lagi yang dapat anak anda senaraikan. (aktiviti “listening, speaking, reading and writing” - sumbangan Puan Nik Faridah – Nigeria)


Selamat membaca.

Wednesday, October 27, 2010

PHONICS - ŏ (SLIDES) SHORT VOWELS/VOKAL PENDEK


BAB 2O :    “SHORT VOWEL ŏ
VOKAL ŏ - PENDEK 


Bagi mengenal bunyi huruf vokal /o/, saya telah memilih buah “orange” kerana bentuk mulut dan bibir dibulatkan semasa menyebut bunyi ini, ya, bulat seperti buah oren.

Dalam bahasa Malaysia buah ini juga dipanggil dengan nama oren tetapi sebutan /o/ yang diguna tidak sama dengan sebutan /o/ yang dibunyikan dalam bahasa Inggeris;

  • bunyi “ŏrange” dalam bahasa Inggeris mengguna bunyi pendek huruf vokal ŏ, dan
  • bunyi ōren dalam bahasa Malaysia mengguna bunyi panjang huruf vokal ō (sebutan nama huruf).

Huruf vokal /o/ adalah satu huruf vokal yang agak menyusahkan (“troublesome”) kerana beberapa bunyi perkataan dalam corak kumpulan KVK dan KVKK tidak langsung mengikut garis panduan peraturan Phonics yang sedia ada, misalnya;

  • bŏmb – cōmb
  • dŏll - rōll,
  • gŏlf  - cōld,
  • lŏst  - mōst,
  • sən, tən - son, ton mengambil bunyi schwa ə.

Walaubagaimana pun bunyi-bunyi huruf vokal yang tidak mengikut peraturan Phonics ini, akan dijelaskan dengan lebih lanjut dalam sesi-sesi akan datang.





   

(Slides Picasa ckata SHORT VOWELS ‘o’ - sila klik bhgn kanan blog ini)

Setakat ini sudah banyak perkataan dari corak kumpulan bunyi pendek huruf vokal ă, ĕ, ĭ dan ŏ yang dapat anak anda baca dengan fasih dan tepat. Tahniah diucapkan, anak anda sudah bersedia untuk membaca ayat-ayat pendek!
  


Latihan lain-lain

1.    Youtube – “Short ŏ Songs, blending short vowels”.
2.    Howjsay.com -  “A free online Talking Dictionary of
English Pronunciation”. Untuk mendapat sebutan tepat dan betul.
3.    fonetiks.org - Untuk mendapat sebutan serta latihan online.
4.   Enchanted Learning's Little Explorer's Picture Dictionary - Kamus bergambar.
5.    Starfall.com – Latihan online
6.    Foniks.org – Latihan online
7.    Carlscorner.com – Buku-buku latihan, bahan membaca.
8.    Progressivephonics.com - Buku-buku cerita. (Online dan muat turun)


Selamat membaca.

Sunday, October 24, 2010

PHONICS - ă, ĕ, ĭ SHORT VOWELS (SLIDES) / VOKAL PENDEK ULANGKAJI

BAB 2R1 :    “SHORT VOWEL ă, ĕ, ĭ
                     VOKAL PENDEK ă, ĕ, ĭ 

Ulangkaji - Vokal ă, ĕ, ĭ 


(Slides Picasa ckata SHORT VOWELS a, e and I - sila klik bhgn kanan blog ini)

1.  Howjsay.com -  “A free online Talking Dictionary of English Pronunciation”. Untuk mendapat sebutan tepat dan betul.
2.  fonetiks.org - Untuk mendapat sebutan tepat dan betul
3.  Enchanted Learning's Little Explorer's Picture Dictionary - Kamus bergambar.
4.  Starfall.com – Latihan online
5.  Foniks.org – Latihan online
6.  Carlscorner.com – Buku-buku latihan, bahan membaca.
7.  Progressivephonics.com (short a, e dan i) - Buku-buku cerita. (Online serta muat turun)


Selamat membaca.

Thursday, October 21, 2010

PHONICS - SHORT VOWEL i - SLIDES / VOKAL PENDEK i - SLIDES


PART 2I :    SHORT VOWEL ĭ - SLIDES 
BAB 2I :  VOKAL ĭ - PENDEK (SLIDES)

 
 KVK




 Mencantum Keluarga
“ick”, “ill”, “ing” & “ink”




Aktiviti Menulis
“ick”



SHORT i SLIDES / BUNYI PENDEK i (SLIDES)


Aktiviti Mengeja

(Slides Picasa SHORT 'i'- sila klik bhgn kanan blog ini)
 

Selamat membaca

Wednesday, October 20, 2010

PHONICS - SHORT VOWELS e (SLIDES) /VOKAL PENDEK ĕ (SLIDES)


PART 2E : SHORT VOWEL ĕ (SLIDES) 
BAB 2E : VOKAL ĕ - PENDEK (SLIDES)


Latihan mengeja mengguna slides.
(Slides Picasa INITIAL BLENDS SHORT 'e'- sila klik bhgn kanan blog ini)
 



Selamat membaca

Sunday, October 17, 2010

PHONICS - ack,amp,ash (SLIDES) SHORT VOWELS/VOKAL PENDEK ack, amp, ash


PART 2A-7  :    ăck, ămp, ăsh FAMILY - Short A Slides
BAB 2A-7  :  KELUARGA ăck, ămp, ăsh
 

Di bawah ini ada beberapa latihan untuk membantu anak anda mempertingkatkan kemahiran mencantum empat huruf (KVKK) untuk dijadikan perkataan;
 

Mencantum Keluarga “ack

Pertama :        a + c = ac
Kedua     :                    ac + k = ack
Ketiga    :                             b + ack = back



      
 Aktiviti Mengeja Mewarna Dan Menulis


        Keluarga “ack”, “amp” dan “ash
  

Latihan cekap membaca mengguna SLIDE
(Slides Picasa SHORT VOWEL 'a'- sila klik bhgn kanan blog ini)
Anak anda pasti sudah cekap mencantum bunyi-bunyi huruf (pendek) untuk dijadikan perkataan. Sekiranya masih belum dapat menyebut dan membaca dengan lancar, adakan latihan berulang-kali, mengguna slide yang telah disediakan di atas. 
 

PERATURAN PHONICS



Kebiasaannya, huruf vokal akan bunyi pendek sekiranya  berada diantara dua huruf konsonan contohnya ;



  • KVK - seperti dalam perkataan “cat”.

  • KVKK - seperti dalam perkataan “sand”.

  • KKVK - seperti dalam perkataan “chat”.

  • KKVKK – seperti dalam perkataan “stand”.


Selamat membaca.