Friday, December 3, 2010

DIGRAPHS - DIGRAF (GABUNGAN KONSONAN)

PART 3d:       CONSONANT DIGRAPH
BAB 3d :     DIGRAF – GABUNGAN KONSONAN

Digraf adalah bunyi gabungan deretan konsonan yang menghasilkan SATU bunyi sahaja. Sebahagian besar konsonan digraf adalah konsonan diikuti dengan konsonan "h".  

Terdapat dari kumpulan ini bunyi yang dihasilkan adalah bunyi BARU dImana bunyi asal konsonan-konsonan berkenaan TIDAK langsung kedengaran.

Ada juga dari kumpulan ini yang mengambil dan meniru satu bunyi huruf konsonan lain. (klik sini)


Digraf seperti 'wh' akan mengeluarkan satu bunyi tersendiri bila berada dalam perkataan-perkataan tertentu.


PART 3dA DIGRAPH: sh
BAB 3dA DIGRAF – sh

  • Cuba bayangkan anda sedang berada di Perpustakaan. Bolehkah anda bersembang dan ketawa dengan suara yang kuat? 
  • Apa agaknya reaksi dari orang lain?
  •  Mungkin anda dengan serta-merta akan ditegur seperti;

Ssssssh... Quiet please!
Ssssssh... tolong jangan buat bising!


Huruf konsonan /s/ dan /h/ mempunyai bunyi tersendiri, tetapi bila digabung akan mengeluarkan bunyi baru ‘ssssh’ seperti contoh di atas tadi.

Di bawah ini adalah video demonstrasi dari Puan Rachel, “sh pronunciation” sebagai panduan; perhatikan pergerakan mulut, lidah dan bibir. 

(Video ini juga memperkenalkan bunyi “dj” seperti dalam perkataan “decision, mention, vision” dan lain-lain - kumpulan bunyi ini akan diperkenalkan dalam bahagian “Beyond Phonics".
(With lots of thanks to Rachel).

Latihan bunyi digraf “sh” juga dapat kita belajar dari video Dave Sconda (klik di sini), cara penyampaian serta tips di sampaikan dengan begitu menarik sekali..


"Digraph 'sh' wordlist"
Latihan Mengeja: DIGRAF 'sh'

shed         shin         ship          shop
shot          shun        shack       shall
shelf         shell         shift          shock
shred       shrub       shrug        shrill    
shrimp     shrink       shrunk      ash
bash        bush        cash         dash
dish          fish          gash         gosh
gush        hash        hush          lash
mash       rash         rush          wish
blush       brush       clash        crash
crush       flash        flesh          flush
fresh        slash       smash       trash  

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment